~!SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA! ~

Tuesday, March 8, 2011


The mystery incidents in villa……




-PERMULAAN SLOT SERAM VILLA-


15 tahun yang lalu, ketika aku masih di tahun 2 sekolah, mungkin hampir masuk ke tahun ke 3, kami sekeluarga berpindah ke sebuah rumah baru yang terletak di Kg Che Bema, Sg. Layar, Sg Petani, Kedah. Sebelum itu, kami tinggal di sebuah rumah teres di Taman Orkid. Berasa sungguh gembira tidak terhingga, kami mula mengemas barang-barang dan menyusun perabot ketika tiba di rumah tersebut yang kami beri nama sebagai Villa Nashuha.
Bermula pada hari pertama, tiada apa yang berlaku. Segalanya tampak normal belaka. Oh ya, sebelum aku memulakan episode cerekarama dan slot seram di sini, biar aku menceritakan serba sedikit tentang ‘detail’ diri aku dan keluarga. Aku anak ke-empat dari sembilan adik beradik. Kakak dan abang sulung pada ketika ini belajar di sekolah berasrama penuh di Yan, Kedah. Di rumah, Cuma aku, abangku yang kedua (Ami @ Bob), adikku Et, Pikah, dan sorang lagi yang masih bayi – Jerah. Yang lain2 tu belum lagi dilahirkan ke dunia pada waktu ini..heheheh… Masa tu, kami masih lagi menggunakan perkhidmatan orang gaji. Orang gaji aku masa tu nama dia Kak Juriah…an Indonesian. So, Cuma kami jelah and my parents yang ada kat umah ketika phenomena seram mula berlaku di villa.
Pada hari ketiga, we started to feel the eerie things in the villa… it all starts in one Magrib evening…masa tu aku and Et tengah mandi di bilik air yang terletak di belakang rumah (sekarang dah jadi bilik air tengah due to some renovation). Tengah ‘syok’ dok mandi, tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang aneh dan pelik. “Uk..uhuk…huk..”
Aku berpandangan sesame sendiri dengan Et. Sepertimana kanak2 sepastik lain yang mempunyai semangat ingin tahu, aku dengan lancangnya bertanya “Bunyi apa tu?” Et tengok kat muka aku and replied “ bunyi ayam kot…”. Jawapannya itu ada logiknyer kerana pada ketika itu ayahku seorang yang sangat suka bertani dan memelihara ayam kampong di belakang rumah. Tidak lama selepas Et berkata demikian, bunyi yang kami dengar semakin kuat dan panjang! “UHUK…HUK…..UUUUUWEEEEEKKKK!!! UWEEEEKKKKK!!!” bunyi bayi menangis mula kedengaran bergema2 satu rumah. Secara automatiknya, aku and Et berpelukan ketakutan!!!
Setelah beberapa saat, aku kira dlm satu minit macam tu, bunyi tu kembali reda dan jadi macam mana ia bermula tadi “huk…huk…” semakin menghilang atau dalam erti kata omputih “it began to fade away”.
Tanpa berlengah2 lagi, aku dan Et terus ambil tuala dan lari selajunya keluar dari bilik air. Sesampai di ruang tamu, kami lihat emak dengan berwajah cemas sedang menenangkan adikku Jerah yang masih bayi untuk tidur. Kami seraya bertanya “Mak, dengar tak bunyi tadi??!!”
Emak cuma membalas dengan ekspresi wajah yang garang “Tu la! Mandi lagi Maghrib2! Kan mak dah kata banyak kali, jangan masuk bilik air time Maghrib!” Itu pula jawapan yang kami terima…isk!isk!isk!
Selepas kami bersiap-siap untuk solat Maghrib, Abah masuk ke rumah. Mungkin baru sudah menguruskan ayam-ayam ternakannya barangkali. Tanpa kami sempat membuka mulut bertanya perihal bunyi aneh tadi, dengan tidak semena-mena Abah menjawab “Bunyi ayam ja tuh!” sambil member isyarat ‘eye contact’ kepada Mama. Kami tahu yang Abah cuba menyembunyikan hakikat yang bunyi tersebut bukanlah bunyi seekor ayam sepertimana yang dia nyatakan sebentar tadi.
Setelah solat, aku dan adik cuba bertanya kepada Kak Juriah Ningsih, the maid tentang bunyi tersebut. Memang tepat jangkaan kami bahawa itu bukanlah bunyi ayam semata-mata. Menurut Kak Ju, dia pada ketika itu sedang mencuci pinggan di dapur dan tiba-tiba dia terdengar teriakan bayi yang sangat kuat. Dia terus berlari mendapatkan adik bayiku –Jerah. Sangkanya adik aku itu yang menangis…tapi alangkah terkejutnya apabila dia dapati Jerah si bayi sedang tidur di mana Mama sedang menghayun buaiannya. Bertambah kaget lagi keadaan apabila abangku, AMI @Bob mengakui bahawa dia dengar dengan jelas bunyi bayi tersebut di ruang makan. Itu maksudnya bunyi tersebut datang dari pelbagai arah dari dalam rumah!!!! Bayangkan, aku dan Et terdengar bunyi tersebut dari dalam bilik air, abangku pulak terdengar di ruang makan berhampiran dining table, tukang gaji aku pulak dengar bunyi tu dari dalam bilik di mana Jerah sedang tidur. So….bunyi ayamkah itu???? Persoalan itu sering bermain2 di fikiranku and Et sehingga sekarang…





-BUDAK BERBAJU TADIKA-

Biasalah, adat bila berumah baru, pasti ada saja yang tak kena. Tambahan pula, aku ni seorang yang agak penakut. Aku mempunyai satu pegangan berkaitan permasalahan mistik ini. Seseorang itu tidak akan berasa takut unless dia memang pernah nampak atau rasa seuatu yang tidak kena. That’s me..hehe…
Apa yang tidak seronoknya pasal diri aku ni, aku selalu je terlibat dengan peristiwa-peristiwa mistik and supernatural kat mana-mana ja. Tak tahu nak kategorikan menda nie sebagai ‘gift’ or ‘test’. Ntah la… aku redha je dengan takdirNya…
Cerita pasal budak berbaju tadika berlaku pada awal-awal masa pindah masuk villa. Biasalah, bila tengah malam je, aku mesti terjaga, bangun nak gi tandas. Masa tu, of course lah bilik air master bedroom lah yang menjadi tempat tujuan. Yelah, nak gi bilik air kat bahagian belakang dapur tu takut semacam je…
Sebelah bilik parents ku tuh ada sebuah bilik. Kitorang label bilik tu sebagai bilik computer. Ada tiga bilik tidur dalam villa tu – bilik parents, bilik aku n adik beradik pompuan, and lastly bilik adik beradik lelaki. So, that night, ku pun pergilah berjalan dengan perlahan-lahan ke master bedroom ataupun my parents room untuk ke bilik air. Alih-alih nak tolak daun pintu master bedroom tu, aku tertoleh ke sebelah kiri menasarkan pandangan ke dalam bilik computer yang bersebelahan sahaja. Dengan terkejut yang teramat sangat, aku Nampak seorang budak lelaki berbaju putih bercorak petak-petak merah, berlari berpusing-pusing dengan laju dalam bilik tu. Laju sangat macam tak jejak lantai. Ku terus menolak pintu master bedroom dan terus masuk ke bilik air. Selepas tu aku terus tidur di master bedroom tanpa berani lagi melalui bilik computer.
Keesokannya, aku menceritakan apa yang aku Nampak kepada adikku, Et.. dan apa yang pasti, outfit ‘budak’ yang berlari-lari tu memang baju uniform tabika kemas. Siapakah ‘budak’ itu????






-KETUKAN TANPA KELIBAT-

Pernah tak anda pernah mendengar nasihat orang tua-tua dulu yang mengatakan kalau dengar orang bagi salam, biar sampai 3 kali baru jawab dan buka pintu? Ku pun tak pasti dengan kebenarannya tapi itulah yang sering kita dengar. Satu lagi nasihat orang tua-tua kalau dengar apa-apa ‘jangan tegur’… sekarang nie dah jadi tajuk filem lak kan kata-kata tu…huhu..
Sepertimana yang kita maklum “Jangan Tegur”, “Jangan Pandang Belakang”, tu semua berasal dari nasihat orang tua-tua. Hehe… meh aku start cter aku nie yang berlaku kat mana lagi kalo bukan kat Villa…
Pada suatu senja… kedengaran suara ketukan yang agak tegas di pintu depan. Pada masa tu, aku pun tertanya-tanya siapa yang ketuk pintu waktu maghrib ni tanpa memberi salam. Ku pun panggil abang sulungku, Haikal untuk menjenguk siapakah gerangan yang mengetuk.
Ketukan masih kedengaran. 3 kali ketukan di mana ketukan yang ketiga sangat baru ketika abang Haikal membuka pintu hadapan. Yang sangat pelik dan aneh, tiada siapa di luar!!!!! What the……?!!!






-PERISTIWA KETIKA MAMA DAN ABAH PERGI KE UMRAH-

Masih lagi segar dalam ingatanku…. Villa Nashuha memang banyak misteri dan kejadian-kejadian aneh yang tidak terungkai oleh logika dan scientific reasoning.
Bukan setakat bunyi ketukan, bunyi kanak-kanak ketawa riang, menangis, bunyi pintu kereta ditutup, semuanya macam suatu phenomena yang biasa sangat di sini. Lama-kelamaan kami semakin lali dan tidak berasa seseram pertama kali pindah masuk.
Antara peristiwa yang kami tak dapat lupakan ialah ketika Abah dan Mama pergi menunaikan umrah… aku tidak pasti tarikh yang tepat ketika itu. Mengingati tarikh merupakan suatu inevitable problem buat aku yang susah untuk mengingati sebarang angka ni. Especially birthday adik beradik sendiri yang aku abaikan…. Sori! Hehehe!!!
Semasa ketiadaan mama dan abah, aku pun tinggal la kat villa bersama-sama kakak dan adik-adik. Abang kedua Ami@Bob ketika itu sedang belajar di Taiping, Perak. Abang Haikal pulak di Ohio State University, nun terletak jauh di U.S. Malam pertama berlalu… tak jadi apa pun. Cuma kakak Muni ada bagitau kitorang yang dia dengar macam orang tengah alih almari malam tadi. Kami tak dengar apa-apa pulak masa tu sebab time tu semua tido mati.
Malam seterusnya, aku dan Et tido agak lewat sikit. Lepas kitorang tengok t.v, kitorang pun masuk tido.. baru je nak lelap mata, seriously dengar bunyi kaca pecah kat dapur!!
Aku terus duduk and cuit Et. “Et, ang dengaq tak? Bunyi pa tu? Kucing bagi jatuh pinggan kot.. jom pi tengok.”
Kami pun bangunlah dan keluar bilik menuju ke dapur. Sangkaanku ketika itu memang kucing. Mungkin dia nak tangkap cicak and then terlanggar gelas ke apa ke…. Hurmmmm…
“KLIK!!” lampu dapur dinyalakan…. Sebarang bentuk sesuatu yang pecah dicari sekitar lantai dan sink. TAK ADA!!!! Benda apa yang jatuh tadi?!! Dengar betul2 macam ada benda pecah kat dapur. Aku dan Et berpandangan antara satu sama lain buat seketika. Seriously, kami sekarang nie kat banglo yang agak jauh kedudukannya dengan rumah jiran. Bukannya dekat melekat macam rumah teres which kita boleh dengar bunyi kat umah sebelah kan? Selepas berpandangan sesama sendiri, kami pun beredar dari dapur dan kembali semula ke bilik sambil seribu persoalan bermain-main di kepala. Baru ja kot nak lelap mata, dengar lagi bunyi-bunyian. Kali ni bunyi pintu grill pulak seperti dicungkil-cungkil. “DAMN!” kata hati ku. Sekali lagi Et menjadi mangsa kejutan aku. “Et, dengaq ak? Bahaya ni, ku takut pencuri nak masuk umah ja…” kataku separuh berbisik kepada Et. Sekali lagi, kami pun keluar bilik, kali ini menuju ke pintu belakang dapur pula. Dengan sengaja aku berdehem kuat sebelum membuka lampu-lampu dapur belakang dan luar. Supaya jika ada sesiapa yang mahu menceroboh masuk akan terdengar dan lari dari situ. Selepas lampu dibuka secara terang benderang, ku cuba memberanikan diri membuka pintu kayu untuk memeriksa pintu grill tersebut. Sekali lagi sesuatu yang memeranjatkan!!! It’s like nothing ever happened!!! So weird!!!! Selepas itu, aku dan Et terus menutup pintu kayu, menguncinya dengan rapi dan teruskan tidur kami yang terganggu sedari tadi……..







-MISTERI UMAR SI JIN PENJAGA RUMAH-


Secara spiritualnya, dipercayai bahawa setiap tempat mempunyai penunggunya. Percaya atau tidak?? Terpulanglah….
Terbaru, aku sendiri memperlekehkan pasal menda-menda nih. Adik aku, Husna suatu hari menceritakan kepadaku tentang villa ini. Menurut kata Abah, rumah ini dijaga oleh satu jin yang bernama Umar. Aku dengan tidak semena-mena terus ketawa deras dan kuat tahap hilaian vampire XII memandangkan kata-kata itu ku anggap sungguh lucu serta mencuit hati. Aku memilih untuk tidak mempercayainya.
Malam itu, kira-kira pukul 11 malam, aku sedang menonton t.v dengan Husna. Malangnya, dia sudah tertidur di depan t.v, memaksa aku mengejutnya untuk masuk ke bilik dan tidur di bilik.
Semua ahli keluarga ku dah pun tertidur ketika itu. Terasa ingin ke bilik air, aku pun beredar sebentar dari ruang makan, menuju ke dapur, seterusnya ke bilik air belakang. When I’m done, I decided to do ablution or dalam erti kata lain, berwudhuk untuk solat isyak. Biasalah, dah lewat malam dah nak tido, baru nak pi sembahyang. Lepas je ambil air sembahyang, dengan tidak semena-mena bulu roma meremang dan perkataan ‘UMAR’ bermain-main dalam fikiran ku. AHHH sudahhhh!!! Rasa seram mencucuk hingga ke tulang sum-sum. Kenapa nie??!! Tiba- tiba je daya imaginasiku membuak-buak mencurahkan idea ‘nasty’ umpama air terjun yang melimpah ruah! Idea ‘nasty’ berupa pertandingan mengenalpasti dan meneka bagaimanakah rupa si Umar di dalam otak!! Keluarlah beberapa rupa yang ugly serta menggerunkan yang layak digambarkan dengan perkataan ‘jin’ dalam kepala aku nie… aku cuba tidak berfikir tapi gagal!! Nama Umar seperti bergema-gema di segenap ruang fikiran…. “TIDAKKK!!!!!” ingin saja ku jerit begitu tapi aku masih waras! Ku tidak mahu dikatakan meroyan pulak oleh orang lain nanti. Inilah masalahnya apabila dikurniakan imaginasi tahap tinggi. Bila dengar perkataan je boleh membayangkan sesuatu yang dahsyat!
Dengan laju dan pantas, aku terus keluar dari bilik air dan menutup pintu tengah ke bilik air belakang dengan kuat. Selesai solat isyak, hati jadi tenang semula.
Keesokannya, aku menceritakan segalanya pada Husna dan Et. Dan secara kebetulannya, Et juga mengalami nasib yang sama ketika dia memperlekehkan kehadiran Umar dalam rumah ni sebelum benda ni berlaku kat aku!!!! So, adakah ini kebetulan or memang Umar mahu mengajar kami tentang ke’wujud’annya?!!! Wallahua’lam….







-MARAH SI ULAR PENUNGGU-

Petang itu, adik-adik ku yang comel – Ayu, Aimi dan Jerah bermain-main di tanah hutan bertentangan dengan pagar rumah. Hutan di situ baru sahaja ditebang.. barangkali untuk tujuan perumahan. Adik-adikku yang comel terus mengambil pelbagai tinggalan ranting kayu hutan dan bermain di atas kayu pokok yang telah ditumbangkan.
Kami tidak menjangkakan apa-apa yang aneh akan berlaku rentetan itu. Apabila senja berlabuh, masing-masing masuk ke dalam rumah membersihkan diri untuk solat maghrib.
Tiba-tiba, di suasana yang sunyi sepi itu, terdengar pintu hadapan diketuk orang. Masing-masing terpana, tertanya-tanya siapakah gerangan yang mengetuk pintu di waktu maghrib begini. Ini bukanlah pertama kali pintu diketuk pada waktu maghrib. Abah pun bergegas membuka pintu. Orang lelaki, biasalah.. Tak bertanya siapa terus saja bukak pintu rumah. Orang kata kurang ‘conscience’ sket…huh.
Sebaik saja daun pintu terkuak dibuka.. tiada siapa yang kelihatan…. Tapi MASYA-ALLAH! Ada seekor ular tedung dengan kepala kembang terus menyapa di depan pintu!! “SSsssss…….” Desir ular tersebut. Bayangla kot…time maghrib tu! Tapi ular itu seperti cuba memberi amaran… tidak lama selepas itu, ia kembali normalkan kepala dan menyusur ke bawah kereta iswara. Abah cepat-cepat nak alihkan kereta nak tengok sama ada ular tu ada lagi tak bawah kereta. Selepas dialih kereta, ternyata ia hilang begitu sahaja.
Abah kembali semula ke dalam rumah. Seraya bertanya “ Ada sapa-sapa ambil benda kat hutan depan tu tak? Siapa yang main-main kat tapak hutan tu tadi?”
Ayu, Aimi dan Jerah pun mengakui bahawa mereka ada mengambil ranting kayu di situ untuk bermain-main. Atas nasihat Abah, keesokannya mereka pun meletakkan kembali kayu tersebut di tapak hutan berkenaan. Dan pada malam seterusnya, tiada lagi kejadian aneh berlaku.

3 comments:

  1. he3...tingat cter2 suma ni....k'own kunun2 supernatural la kan...heee

    ReplyDelete
  2. hehehe~~ kak own memg diuji dengan supernatural thingy~~

    ReplyDelete
  3. cayala k own...blog crta hantu of the year~!!

    ReplyDelete