~!SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA! ~

Thursday, March 10, 2011

~!~! HosTeL LiFe ~!~!

~slot seram~

pengalaman sekolah menengah berasrama

(dari sekolah tengah gunung ke sekolah tengah bendang)

Pada tahun 2001, aku telah dimasukkan ke sekolah menengah agama X1 yang terletak di kawasan yang agak pedalaman di Kedah. Boleh dikatakan sekolah tengah gunung or bukit gak la. Permandangan cantik… hijau ja sekeliling, especially waktu pagi. Masa mula-mula masuk, aku ok ja…sama la macam budak-budak lain yang berada di asrama. Hari first tu, malam-malam dah nangis… maklumlah Form 1. Nangis diam-diam dalam selimut… malu takut kakak-kakak senior dengar. Tapi aku ni ada satu peculiarity. Peculiarity or dalam erti kata BM ‘kepelikkan’ aku ni memaksa aku terjaga dari tidur pada setiap malam ketika dinihari. Maksud aku, time range yang aku jaga tu selalunya dalam pukul 2, 3 pagi. Memang benci betul bila time tu gak rasa perlu ke tandas. Mula-mula tu ada la jugak ajak orang teman gi tandas.. tapi lama-lama terasa la jugak segan nak ganggu orang tido kan…. So, aku pun belajaqlah pegi tandas sorang-sorang. Setiap hari camtu... ku gi jer sorang-sorang… seram?? Memang la seram, tapi kene tabahkan hati gak…huhuhuhu…… Sebagai freshie yang baru masuk asrama, memang la awal-awal tu bangun pagi awal sungguh. Pukul 4 pagi dah pegi mandi…maklumlah, takut toilet penuh and takut lambat nak bersiap ke kelas dan roll-call. Huhu… dulu ku bukan reti pun nak eja perkataan ‘roll-call’. Ku eja ‘rokol’ je…hehehe…skang nie dah jd cikgu English, kena la pandai eja kan… Terus- terang ku katakan…pengalaman berada di asrama mengajar erti istiqamah, persahabatan, muhibbah dan disiplin diri. Tambah-tambah pulak dok kat sekolah agama..pandai-pandai la bawak diri. Nak jadi baik ka, gangster ka terpulang. Yang penting, nak dapatkan keredhaan guru-guru, jadilah pelajar yang baik dan menghormati orang..cehwah!! nie dah lari topic dah nie..hehehe… Oklah…let’s start with the first experience…encounter with ‘the thing’ for the first time in boarding school..



-Dikejar hantu loceng kaki-

Malam itu, sepertimana biasa, aku berasa mahu ke tandas. Memang dah menjadi rutin harian aku yang tepat pukul 3 je mula rasa nak gi tandas. Nature call la katakan… tapi ku lebih merasakan ia bukannya nature call…actually, it’s more like test for me because it’s only happened when I go to hostel..it’s not happening at home. Wallahua’lam….

Tapi, malam tu rasa lain sikit..(ayat common bila nak ditakdirkan berjumpa dengan hantu)… ku kuatkan gak semangat, pegi sorang-sorang ke tandas… masa pegi, Alhamdulillah… tak ada apa-apa berlaku pun. Tapi yang tak bestnya bila balik dari tandas.

Waktu berjalan nak balik dari tandas, terasa macam ada ‘benda’ ikut. Ku buat tak tau je…jalan slow-slow… pastu ku dengar bunyi cam loceng kaki. Kalau korang pernah tengok kan orang india perempuan ada yang pakai loceng kaki and loceng tu akan berbunyi bila berjalan. So, berbalik kepada situasi aku tadi, aku ‘test’ tengok ‘benda’ yang dok ikut aku tadi. Ku jalan slow, ‘dia’ jalan slow gak… then bila ku jalan laju-laju, ‘dia’ jalan pun laju. Memang la ku tak toleh and nampak dia jalan laju ke tak… kalo korang, korang ada berani ke nak tengok belakang??!! “Jangan Pandang Belakang weh~~!” Aku cuma mengagak dari bunyi loceng tu ja.

Bila ku dah sure sangat memang ‘benda’ tu dok ikut aku, aku terus memulakan pecut seribu ke arah Dorm 12…iaitu dorm aku. Punyala lari tak kira apa dah…sampai kasut pun aku campak je kat dorm lain sebelum sampai pintu dorm aku. Memang aku agak bangga dengan kepantasan larian sprint aku malam tu sebab ku sempat masuk dorm on time, sebelum ‘benda’ tu masuk dulu! Hah!!!

Sebaik saja ku masuk, pintu terus aku hentam dan kunci. Aku berundur setapak dua dari pintu and then “BOOM!!” ada ‘benda’ rempuh pintu! Ketaq toksah dok cerita la!!! Gigil, terpana dan terpaku kat depan pintu tu gak. Nasib baik ku sempat tutup dan kunci pintu time tu… selamat!!! Walaupun ku tak pasti ‘benda’ apakah itu. Yang peliknya, tak ada sorang pun jaga weh malam tu!!! Selalunya camtulah kan kalo kita ditakdirkan nak kena gangguan gini… hurmmm…

Selepas ku dah boleh bergerak dari merenung pintu tu, aku pun terus naik katil ku kat tingkat atas. Double-dacker la katakan….. duduk atas katil tu pulak, aku ambil masa dalam 5 minit gak untuk recite Ayatul Kursi dan 3 Qul. Memang unforgettable experience betol. Memang betullah orang kata bila kita dah jumpa benda-benda supernatural nie, memang mulut jadi kaku and dah tak ingat nak baca apa dah…I swear to God that I can’t forget the moment and when I’m writing this, I still can put myself in that situation once again….fuhh!!! at last, I won the race!!! Yeah!!




-tangisan misteri dorm sayyidah sarah-

Dorm 12 (dorm aku) di hostel juga dikenali sebagai Dorm Sayyidah Sarah. Biasalah… nama-nama dorm di sini diambil sempena nama-nama srikandi Islam… sedap dan manis nama dorm tu, pengalaman penghuninya agak pahit…hehehe….

Masih lagi aku ingat ketika itu, rakan satu dormku, Hayati kemalangan. Jadi, sudah lama dia tidak hadir ke sekolah dan katilnya juga sudah lama terbiar kosong. Katil Hayati di tingkat bawah dan terletak di sebelah hujung dorm, berdekatan dengan loker. Katil atas Hayati adalah kepunyaan Kak Hirzi…seorang senior yang lemah lembut, serta pandai yang belajar di tingkatan 3 ketika itu. Hayati kemalangan tapi bukanlah beerti dia pergi menemui Ilahi. Dia masih sihat walafiat, cuma patah kaki sahaja.

Selepas 3 minggu ketiadaan Hayati, beberapa orang senior di dalam dorm tersebut mula menyebut-nyebut tentang suara misteri yang selalu kedengaran pada waktu malam di dalam dorm kami. Menurut kak Azwa, ketua dorm aku, malam-malam asyik terdengar suara orang menangis teresak-esak. Setelah masing-masing berbincang, kami setuju sepakat untuk berjaga malam bergilir-gilir untuk mendengr sendiri bunyi tersebut. Tapi malangnya, apabila dinanti, ia tidak pula muncul. Apa yang pasti tentang bunyi itu… ianya datang dari katil Hayati!!!!!
Aku, selaku orang yang keluar ke tandas pada pkul 3 pagi tidak pula pernah mendengar bunyi tangisan tersebut. Yang selalu mendengar bunyi tangisan itu ialah Kak Midah, Kak Hajar dan KakSaadah. Yang paling teruk terkena gangguan tersebut ialah Kak Saadah yang duduk bertentangan dengan katil Hayati.

Pada suatu malam yang sunyi, Kak Saadah terjaga dari tidur. Jam ketika itu menunjukkan pukul 12 malam. Semua penghuni dorm Sayyidah Sarah sedang diulit mimpi indah bertemu putera tampan, tapi Kak Saadah berperang dengan perasaan sendiri. Takutnya dia bukan kepalang apabila terdengar suara esak tangis yang entah dari mana datangnya. Direnung katil Hayati. Tiada apa yang kelihatan melainkan tilam buruk yang tidak bersarong terbaring lesu. Kak Saadah tidak tertahan lagi. Dia perlu keluar dari dorm itu. Lalu, dengan tidak semena-mena, dia mengambil bantal dan selimut dan segera berlari keluar membuka pintu dorm, menuju ke bilik study yang terletak di tingkat bawah. Masih ramai pelajar puteri yang belum tidur dan sedang mengulangkaji pelajaran di bilik study itu. Malah, ada yang menjadikannya sebagai bilik tidur di waktu malam.

Selepas tidak lama Kak Saadah turun ke bilik study, Nurul pun terjaga dari tidur dan hendak ke tandas. Dan memang semestinya menjadi rutin nurul (a.k.a ‘aku’) untuk ke tandas di tengah-tengah malam. Seperti biasa, tiada apa pun yang berlaku. Tiadalah pulak kedengaran suara tangisan misteri.

Setelah kembali dari tandas aku pun tidur semula. Tidak lama kemudian, Kak Saadah naik ke atas dan cuba mengejutkan aku melalui tingkap dorm kerana katil aku terletak bersebelahan pintu dorm. Malangya, dia tidak berjaya membangunkan aku dari tidur. Dengan perasaan yang sangat takut, Kak Saadah pun tabahkan diri masuk ke dalam dorm tanpa menghiraukan apa-apa bunyi yang dia dengar.

Seminggu kemudian… Kak Saadah tidak lagi kembali ke sekolah selepas pulang ke rumahnya pada cuti minggu. Tidak berapa lama kemudian, aku telah diberitahu bahawa Kak Saadah sudah pindah ke sekolah menengah biasa akibat tidak tertahan dengan gangguan yang dihadapi.

Persoalannya : tangisan siapakah yang mengganggu Kak Saadah???

Aku sendiri tak dapat nak rungkai persoalan tu…. Aku Cuma belajar di sekolah tengah gunung tu selama setahun saja dan kemudian berpindah ke sekolah menengah agama di tengah bendang, yang juga terletak di Kedah.

Kisah-kisah misteri lebih banyak menghantui aku di sekolah tengah bendang itu sehingga membuatkan aku stress and frustrated… tunggu kemunculan post seterusnya- misteri paranormal sekolah tengah bendang~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


-Epilog seram sekolah tengah bendang-

Sekolah tengah bendang atau dalam nama lainnya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama X2 merupakan sekolah yang terkenal dari segi kecemerlangan akademiknya serta kokurikulm (masa time aku sekolah situ le…huhuhu). Mottonya, ‘Berilmu, Beramal dan Berjihad’ adalah sangat tepat untuk menggambarkan kecemerlangan sekolah itu. Sekolah ni pun cantik jugak…dikelilingi bendang menghijau dan kadang-kadang menguning. Tambahan pula permandangan yang sangat scenic di mana Gunung Jerai boleh saja kelihatan dari sini.

Segala-galanya bermula ketika aku mula-mula masuk ke sekolah itu sewaktu di tingkatan 2. Setelah berhijrah dari sekolah tengah gunung ke sekolah tengah bendang, aku mengalami kejutan budaya dan menjadi agak pasif setibanya aku di sekolah tersebut. Yelah, abang aku, Haikal yang sulong tu best student kat situ….kakak aku, Muni pulak ketua lujnah disiplin. Abang aku yang kedua Ami@ Bob pun aktif dalam arena persilatan gayong dan juga English programmes di situ. Aku bermula sebagai seorang yang sangat pasif… sukar untuk aku meneruskan personality aku yang agak gangster ketika di sekolah tengah gunung dulu.

Apabila malam menjelang, sekali lagi peculiarity yang aku hadapi kembali menghantui diri sendiri. Aku sendiri tidak tahu untuk mengkategorikan kepelikkan itu sebagai anugerah atau ujian. Setiap malam, apabila jam menunjukkan pukul 3 pagi, aku pasti terjaga dari tidur dan perlu ke tandas. ku masih lagi ingat ketika aku menetap di dorm B6, dorm yang terletak di tingkat yang paling atas sekali.

Malam itu, angin bertiup lembut, menyapu muka dan sampah-sampah yang ada di sekitar koridor. Semua pintu dorm telah pun tertutup rapat. Aku berjalan perlahan menuju ke tandas searas yang terletak di bahagian hujung aras. Aku masuk ke tandas yang ketiga. Tandas yang kedua terdapat lubang syiling bumbung yang ternganga luas. Masa aku berada dalam tandas, tidak semena-mena terdengar dentuman kuat dari tandas kedua di mana ada sesuatu yang jatuh dari lubang syiling yang ternganga itu. Aku cepat-cepat keluar dari tandas yang ketiga dan berjalan laju menuju ke bilik basuh yang terletak bersebelahan dengan bilik iron. Apabila aku melangkah untuk pergi ke dorm B6, aku ternampak suatu kelibat, sedang mengintai-intai untuk masuk ke dalam dorm mencari sesuatu. Seekor kucing misteri yang sangat aku curigai sedang terintai-intai seperti mencari aku. Kucing itu memang sering aku nampak ketika bangun ke tandas pada tengah-tengah malam camni. Dan setiap kali ku bertentang mata dengan kucing itu, ia akan memerhati aku dengan pandangan yang sangat tajam. Kucing itu seperti guard yang menjaga asrama puteri di waktu tengah malam. Ia akan duduk di tembok-tembok asrama dan juga di tangga, memerhati sekeliling asrama.

Setelah aku terlihat kelibat kucing yang terintai-intai itu, aku pula yang terintai-intai akan dirinya daripada bilik basuh. Ku perhatikan gelagatnya yang mengintai lalu masuk ke dalam dorm aku… “alamak!! Camne aku nak masuk dorm nie!!!” jerit hati aku. Memang tak relevan langsung untuk takut dengan seekor kucing kan??!! Tapi itulah yang aku rasa ketika setiap kali aku berjumpa dengan kucing misteri tu… hurmm…

Setelah menunggu sekian lama di bilik basuh sambil terintai-intai, barulah ku nampak kucing itu keluar kembali dan menuju ke tangga bersebelahan dengan dorm. Tanpa berlengah lagi, aku terus melangkah laju, cuba mengejar kucing tersebut semata-mata untuk memastikan ia betul-betul ada. Memang tepat jangkaan ku bahawa kucing tersebut sangat lah misteri kewujudannya kerana ia hilang begitu saja tanpa kesan dan jejak!!!! Terasa seram sejuk, aku kembali ke dorm B6 dan terus mengunci pintu



-KERUSI BILIK STUDY BERGERAK SENDIRI-


HUJAN LEBAT malam itu memang menambahkan kesejukkan angin malam yang bertiup kuat. Memang merupakan rutin biasa bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 untuk bersengkang mata mengulangkaji pelajaran sehingga ke tengah malam.

Aku, Ju, dan Zahidah masih lagi cuba bertahan. Jam di tangan dan di dinding bilik study sudah menunjukkan hamper pukul 3 pagi. Nasib baik hari esoknya hari minggu di mana kami tidak perlu ke kelas. Sedang tekun study, tanpa kami sedari, cuma tinggal kami bertiga sahaja di tingkat bawah. Semua pintu dorm sudah tertutup rapat. Aku berasa tidak sedap hati dan fikiran, lalu segera menoleh ke arah Ju dan Zahidah. Mereka masih lagi tekun menatap buku biologi. Aku yang berasa tidak sedap mula bertanya “Err..kita nak naik bila ek?” sapaku cuba mendapatkan perhatian mereka berdua. Zahidah dan Ju cuma berpandangan sesama sendiri. “Dalam pukul 3.30 tu kita naik la..” jawab Zahidah. Sedang kami tekun membaca nota, tiba-tiba di bahagian belakang bilik study yang sudah kami tutup lampunya berbunyi sedikit. Berbunyi seperti pensel yang jatuh. Masing-masing tidak mahu ambil peduli, terus focus membaca. Kedengaran pula seperti seseorang mengalih kerusi, tetapi bunyinya tidaklah begitu obvious. Sekali lagi, kami tidak peduli. Kedengaran pula bunyi helaian buku diselak-selak. Masing-masing diam tidak berkata sepatah. Memang cuma tinggal kami bertiga sahaja di dalam bilik study itu, hatta di tingkat bawah itu! Disebabkan tiada sesiapa yang bersuara untuk berundur diri dari situ, aku memulakan usul. Ku buat-buat mengantuk dan menguap sambil berkata “Ju, Zahidah… jom naik weh.. dah ngantuk la…” Kali ini tiada bantahan dari mana-mana pihak.

Kami segera mengemaskan barang-barang, buku dan alat tulis untuk dibawa naik ke tingkat atas. Sambil-sambil itu, mataku mengerling ke arah bahagian belakang bilik study yang gelap itu. Memang sah tiada sesiapa!!

Sesudah menutup semua lampu-lampu, kami melangkah naik ke tingkat atas menggunakan tangga tengah yang terletak bersebelahan dengan bilik study tersebut. Sesampai saja kami menjejakkan kaki menaiki tangga, kedengaran riuh kerusi bilik study ditolak ke sana ke mari, seperti disusun orang!!!! Jantung bagai hendak luruh, tetapi kami diam membisu tanpa sebarang kata. Tiada sesiapa berani menegur. Semua tahu hakikat tiada lagi orang di bilik study. Jadi, kalau bukan ‘orang’….itu pasti makhluk lain.

Kami diamkan diri. Sebagai pelajar sekolah agama yang telah terdidik dan maklum dengan kewujudan makhluk-makhluk lain selain manusia, kami cuma membaca beberapa potong ayat suci al-Quran sebagai pendinding diri. Dalam hati kami terdetik “Biarlah, mungkin turn diorang pulak kot nak study… manalah tahu….”J



-ketiadaan air mengundang bencana-

Phenomena ketiadaan air seringkali berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh. Ini tidak terkecuali juga bagi sekolah tengah bendang. Setiap kali menjelangnya ketiadaan air, maka bertempiaranlah pelajar-pelajar di sekolah tengah bendang ini mencari sumber air hingga terbawa-bawa ke bangunan sekolah dan makmal.

Satu malam yang hening, ketika asrama masih lagi kontang tanpa kehadiran air, aku, Min, Kak Suraya, dan Kak Huda bercadang pergi ke tandas bangunan sekolah yang terletak di tingkat 2, berdekatan dengan kelas 4 Hidayah. Kami bercadang untuk ke tandas tersebut dan mengambil wudhuk sebelum tidur. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Dengan memakai seluar panjang dan di ‘cover’ dengan jubah labuh, kami pun bergerak berempat ke bangunan sekolah yang sangat suram. Bukan apa, kami terpaksa memakai jubah di luar kerana bimbang terserempak dengan Ustaz Ridhwan atau Ustaz Rosli atau Pak Guard. Pelajar sekolah agama kan tidak digalakkan memakai seluar kerana bimbang mendedahkan aurat.

Jadi, dengan langkah sepakat, seiring dan sejalan, kami pun berjalan secara perlahan-lahan, memanjat tangga ke tingkat 2. Sesampai di tandas, kami segera menyudahkan apa yang patut, dan mengambil wudhuk. Tatkala itu, aku terfikir… betapa muhibah dan kukuhnya ukhwah kami sebagai pelajar sekolah agama yang sentiasa bersama-sama dalam apa jua keadaan. Bak kata pepatah “Yang ringan sama dijinjing, dan yang berat sama dijunjung.” Sedang kami mengambil wudhuk, terdengar gelak tawa kecil di luar tandas. Kami fikir, itu mungkin pelajar-pelajar puteri yang lain. Mungkin mereka juga mahu ke tandas, mencari-cari tandas kosong untuk dimasuki. Hilaian tawa kecil itu seolah-olah hamper sangat dengan kami ketika kami menghampiri pintu keluar tandas.

Setelah keluar dari tandas suasana serta merta menjadi sunyi sepi. Deruan dan sisiran angin menyapa muka masing-masing; sunyi sepi dan gelap gelita! Dengan celupar dan ‘loqlaqnya’ aku bersuara “Eh, tadi kan dengar cam budak puteri ramai-ramai gelak?!”. Pertanyaan aku dibalas dengan jelingan mata Kak Suraya dan Kak Huda, memberi isyarat bahawa aku tidak sepatutnya berkata demikian. Barulah aku paham apa yang berlaku sebenarnya. Sesungguhnya, ketawa-ketawa kecil itu adalah permainan syaitan yang suka mengusik anak-anak Adam. Dengan langkah perlahan-lahan kami menuruni anak tangga.. gelap kot… takut terjatuh, tu yang kami berjalan ‘slow-slow’.. and then samapi ke tingkat yang terletaknya bilik guru. Kami berjalan berpasangan. Di bahagian depan, aku dan Kak Huda manakala Kak Suraya dan Min di belakang. Sedang kami menuruni anak tangga sekali lagi, ku rasakan kaki Kak Suraya dan Min bagai berlaga-laga dengan kaki aku dan Kak Huda, seperti mahu member isyarat “Cepat!! Cepat turun!!”

Apabila mendapat isyarat tersebut, tindakan reflek mula berlaku. Aku dan Kak Huda melajukan langkah menuruni tangga. Begitu juga dengan Min dan Kak Suraya. Sesampai kaki kami jejak ke tanah, kami pecut laju-laju sampailah ke bangunan surau yang terdapat lampu terang. Di situ, masing-masing semput akibat berlari dan takut. Mulalah berani kami membuka mulut menggambarkan betapa cemasnya saat tadi. Bayangkanlah, ketika melalui beberapa bilik dan kelas, di fikiran asyik terbayang-bayang dan terngiang-ngiang cerita hantu urban legends di setiap tempat yang kami lalui. Dahlah tandas yang kami pergi itu bertentangan sedikit dengan bangunan library – di mana pernah ada seorang guru ternampak kelibat orang berbaju putih melayang-layang di situ! Memang cemas saat itu, tetapi kami bersyukur kerana tiada apa yang tidak diingini berlaku. Cukuplah ketawa-ketawa kecil yang kami dengar itu menjadi ujian buat kami……


-hilaian ketawa dinihari-

Peristiwa ini berlaku ketika aku di tingkatan 2, sewaktu aku mula-mula masuk ke sekolah tengah bendang. Dorm B6 ketika itu dihuni oleh kakakku, Muni, Kak Ngah dan Kak Sarida. Serikandi-serikandi B6 yang disebutkan sebentar tadi adalah antara yang rajin bangun awal, seawal 4 pagi dan bergerak ke surau membuat qiamullail.

Aku, sebagai junior yang mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, cuba mengikuti jejak langkah mereka suatu hari. Cumanya, pada pagi itu, aku terlambat sedikit. Jadi, mereka bertiga sudah pun berada di surau apabila aku selesai mandi dan mengambil wudhuk. Jarak antara surau dan asrama bukanlah jauh sangat, tapi agak panjang laluan ‘pathway’ bertiang yang di sekelilingnya cuma padang terbiar kosong. Padang itu merupakan bahagian belakang makmal.

Aku memulakan langkah menuju ke arah surau. Sepanjang perjalanan melalui pathway bertiang, hatiku bernyanyi riang. Dengan tidak dijangka-jangka kedengaran hilaian pendek bergema-gema secara tiba-tiba. “HAAAAAHAAAAAHAAAAAA!!!” begitu pendek tapi menyeramkan dan kuat! Dan yang paling menakutkan aku, hilaian tersebut datang dari arah padang kosong belakang makmal tersebut!! Aku tersentak dan serta merta berhenti melangkah. Aku sedang berkira-kira di dalam hati – adakah aku patut teruskan langkah menyusuri pathway bertiang itu, atau berpatah balik ke hostel. Masalahnya ketika itu aku berada betul-betul di pertengahan pathway bertiang! Damn! Dengan terketar-ketar, ku menyebut “Allahu akbar” beratus- ratus kali sambil mendorong kaki aku melangkah terus ke surau. Perkara yang paling menggerunkan sekali apabila melalui lencongan pathway yang hanya beberapa meter dari pintu surau.

Aku ternampak….ya…aku ternampak benda tu! Ku ternampak benda putih dua tiga ekor terlompat-lompat atas bumbung makmal!!! I’m not so sure what is the shape of ‘the things’ but it sounds eerily like vampire’s laughing. The sound echoing loudly.

Ku terus alihkan pandangan dan lajukan langkah. Mulut still lagi tak berhenti-henti mengucapkan takbir. Sesampai ke pintu surau, aku terus melangkah laju masuk. Fuhh!! Lega hati bila ternampak 3 orang serikandi sedang duduk bertahajjud. I never told anyone about this. I always kept things to myself. I’m afraid that people wouldn’t believe me.


-LOLONGAN ANEH YANG BERGENTAYANGAN-

Peristiwa nie berlaku time aku form 4. Dorm – B6. Macam biasa… tepat jam 3 pagi, ku pasti akan terjaga. Boleh dikatakan sepanjang aku sekolah menengah berasrama nie, aku boleh dikategorikan sebagai insomniac. Tiap-tiap malam jaga. Bila jaga lak, ada saja benda yang aku dengar or nampak.

Satu malam tu, aku terjaga dari tidur pkul 3.30 a.m. Kali ni, aku jaga bukan sebab nak pegi tandas, tapi sebab aku dengar suatu bunyi yang sangat kuat dan nyaring. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu. Aku dengar suara lolongan yang sangat pelik dan aneh! Ia mcam bunyi lolongan anjing. Sangat panjang dan nyaring… dan yang menakutkan lagi, bunyi tu berubah-ubah arah datang. Seperti sesuatu yang sedang bergentayangan dan melolong.

Cuba korang bayangkan. Aku duduk atas katil atas. Aku dapat dengar dengan jelas sekali lolongan tu sekejap berbunyi seperti di koridor depan dorm…. Kemudian ia bergerak pulak ke pondok telefon di tingkat bawah, sebelah kanan aku. Benda tu berbunyi sangat kuat and lastly semakin hilang ke arah surau…

Aku tidak dapat melupakan saat-saat tu. Kenapa aku yang perlu terjaga untuk dengar semua tu? Knapa?!! Hurmmm…. Still confuse between gift or test………….






1 comment:

  1. tak sangka byk benar pengalamn menyeramkan mu alami..patut r mu pandai citer ..hehe
    i miss the moment when u tell me the story babe..

    ReplyDelete